Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pempengaruh Media Sosial Antara 284 Individu Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan Pada Malam Raya Aidiladha

Diterbitkan: 30 Jun 2023 3.47 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.23 PM
Lelaki berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur itu yang pernah ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu ditahan kerana menonton perlumbaan motosikal di kawasan terbabit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pempengaruh-media-sosial-antara-284-individu-ditahan-dalam-op-samseng-jalanan-pada-malam-raya-aidiladha
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:52 MYT
Keratan Akhbar Pilihan Pempengaruh Media Sosial Antara 284 Individu Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan Pada Malam Raya Aidiladha
Laman Utama / Artikel / Keratan Akhbar Pilihan Pempengaruh Media Sosial Antara 284 Individu Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan Pada Malam Raya Aidiladha
Kembali ke Pustaka
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pempengaruh Media Sosial Antara 284 Individu Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan Pada Malam Raya Aidiladha

Lelaki berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur itu yang pernah ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu ditahan kerana menonton perlumbaan motosikal di kawasan t...

Alor Setar, 30 Jun 2023 - Seorang pempengaruh media sosial antara 284 individu termasuk 10 remaja bawah umur ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malam Hari Raya Aidiladha di Jalan Pegawai di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur itu yang pernah ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu ditahan kerana menonton perlumbaan motosikal di kawasan terbabit.

Lelaki berkenaan memberi alasan datang ke negeri ini kerana berniaga, tetapi singgah di Jalan Pegawai kerana bosan. Bagaimanapun, dia kemudian dibebaskan selepas diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam operasi itu semua penunggang yang ditahan diarah menolak motosikal masing-masing sejauh tiga kilometer dari Jalan Pegawai ke Balai Polis Trafik Alor Setar.

Beliau berkata, daripada jumlah 284 ditahan, 281 daripada adalah lelaki manakala tiga adalah wanita dan kesemua mereka berusia antara 15 hingga 20-an.

“Sepuluh daripadanya adalah remaja bawah umur berusia antara 15 hingga 18 tahun dan lapan daripadanya masih bersekolah.

“Sebanyak 284 buah motosikal diperiksa dalam operasi itu yang mana 50 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan dan disiasat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Sebanyak 194 saman dikeluarkan atas 194 kesalahan yang dilakukan iaitu tiada lesen memandu (47), nombor pendaftaran (40), ubah suai (25), cermin sisi (23) , tidak pamer pelekat P dan L (22), aksesori (17), tiada insuran (12), cukai jalan tamat tempoh (5) dan lesen tamat tempoh,” katanya pada sidang media di Balai Polis Trafik Kota Setar, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 3 people and text that says 'Kali kedua ditangkap Pempengaruh media sosial antara 284 individu ditahan dalam Op Samseng. Jalanan pada ma

ArtikelDiterbitkan 30 Jun 2023 3.47 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.23 PM