Teks & Foto : S/Insp. Megat Nizar
Sepang, 2 November 2012 - Inspektor Jeneral Tan Sri Dato Seri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri Puan Sri Datin Seri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, selamat tiba ke tanah air setelah menunaikan fardhu haji di tanah suci Mekah.
Pesawat MH 8201 (KT03) yang membawa jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.46 pagi tadi.
Ketibaan Tan Sri Dato Seri Haji Ismail dan isteri disambut oleh Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan ahli keluarga serta para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga ahli-ahli PERKEP.
“Saya amat bersyukur kerana selamat tiba ke tanah air dan bertemu kembali dengan anak-anak dan cucu-cucu tersayang serta rakan-rakan sepasukan".
"Urusan ketika menunaikan ibadat di sana semuanya berjalan lancar dan kecekapan kakitangan Tabung Haji harus dipuji kerana mereka memastikan setiap hari ibadat kami berjalan dengan baik ".
Demikian kata Tan Sri Dato Seri Haji Ismail, setelah selamat tiba di KLIA bersama ACP Haji Mohd Fuad Abd Latiff, Timbalan Ketua Trafik Pasukan dan isteri Hajah Norsiah Musa yang turut sama menunaikan fardhu haji.
Tan Sri Dato Seri Haji Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada warga PDRM yang mendoakannya dan isteri agar dipermudahkan dalam menjalani ibadat haji.
"Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah", kata Tan Sri Dato Sri Haji Ismail akan kembali bertugas pada 5 November 2012, setelah berehat selama dua hari.
Di antara yang hadir, CP Dato' Sri Salleh Mat Rasid, Pengarah KDNKA, CP Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, DCP Dato' Haji Ghazali Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato' Haji Tun Hisan Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sharifuddin Ab. Ghani, Ketua Polis Pahang, SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka, SAC Dato' Osman Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Dato' A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor dan ACP Rasdi Ramli, Pegawai Turus Pentadbiran Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketibaan Ketua Polis Negara disambut oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PDRM..

Ketibaan Ketua Polis Negara disambut oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PDRM..Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara..

Ketibaan Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Hajjah Suriati bt. Md Sobri, isteri kepada YDH Ketua Polis Negara.

Antara yang yang menyambut ketibaan Ketua Polis Negara..

Sekitar bacaan doa selamat...

Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara..