Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Oleh : Kpl Mohd Shareel Bin Shahriman
Kuala
Lumpur, 4 November 2012 - Program 'Reuniting Families - Child Safety
Road Show' anjuran RHB Banking Group's Corporate Responsibility di
Berjaya Time Square, Kuala Lumpur yang telah berlangsung dua hari lalu
telah berakhir pada hari ini dalam suasana yang cukup meriah.
Program
ini merupakan penutup bagi Jelajah RHB Child Safety Awareness yang
telah diadakan di beberapa negeri iaitu Melaka, Johor, Kelantan,
Selangor dan Pulau Pinang dan menerima sambutan yang menggalakkan dari
orang ramai.
Sepanjang
program ini berlangsung, terdapat banyak aktiviti yang dijalankan
seperti ceramah pencegahan jenayah, bengkel pertahan diri, pertandingan
melukis bagi kanak-kanak dan gerai-gerai pameran mengenai kempen
pencegahan jenayah.
Di
dalam program ini juga, pengunjung-pengunjung boleh mendaftarkan
anak-anak mereka dengan program Photo ID Kits yang i mempunyai gambar
terkini, butir-butir penting dan cap jari kanak-kanak itu dan dihasilkan
untuk memudahkan pihak polis mendapat maklumat lengkap daripada ibu
bapa jika berlaku kehilangan anak.
Hadir
pada program ini ialah YDH. DCP Dato' Hadi Ho Bin Abdullah, Timbalan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, YBhg. Tan Sri Lee lam Thye,
Pengerusi MCPF, Encik Kellee Kam Chee Khiong, Pengarah Urusan RHB
Banking Group, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

Salah seorang pengunjung bergambar dengan 'Helang Lebuhraya'.

Sekitar program.

Photo ID Kits.

Seorang kanak-kanak sedang mendaftar dengan Photo ID Kits.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Sekitar program.

Encik Kellee Kam Chee Khiong, Pengarah Urusan RHB Banking Group ketika memberi ucapan.

YBhg. Tan Sri Lee lam Thye, Pengerusi MCPF ketika memberi ucapan.

YDH. DCP Dato' Hadi Ho Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM ketika memberi ucapan.

Sekitar Program.

Sekitar Program.

Sekitar Program.

Sekitar Program.