Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Santuni Keluarga Pegawai Kanan Ipk Terengganu Yang Meninggal Dunia

Diterbitkan: 27 Oct 2022 4.39 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bachok, 27 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi menziarahi keluarga Allahyarham ASP Norazila Mat Husin dekat sini yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan buah pinggang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-santuni-keluarga-pegawai-kanan-ipk-terengganu-yang-meninggal-dunia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:30 MYT
Bachok, 27 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi menziarahi keluarga Allahyarham ASP Norazila Mat Husin dekat sini yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan buah pinggang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu, pagi tadi.

Allahyarham ASP Norazila merupakan Pegawai Gerakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan jenazahnya dikebumikan di kampung halaman keluarganya, selepas solat fardhu Isyak malam tadi.

Tan Sri Acryl Sani yang dalam rangka lawatan kerja ke Kontinjen Kelantan itu, meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada keluarga pegawai tersebut di kediamannya di Kampung Padang, Jalan Nakhoda Saamah dekat sini.

Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa, Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Azman Ayob, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin dan para Pegawai Kanan Polis Kontinjen Kelantan serta Kontinjen Terengganu.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 8 people, people standing and text

May be an image of 1 person

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 10 people, people standing and text

May be an image of 6 people, child, people sitting and people standing
ArtikelDiterbitkan 27 Oct 2022 4.39 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM