
Artikel
Posting Pilihan 21 Pegawai Dan Operatif Utk Tamatkan Kursus Atpt 69 Komando Siri 1 2022
Taiping, 27 Oktober 2022 - Tiga Pegawai Kanan dan 18 operatif pelbagai pangkat dari Unit Tindakhas (UTK) dianugerahkan insignia sayap penerjunan dalam Majlis P...
Taiping, 27 Oktober 2022 - Tiga Pegawai Kanan dan 18 operatif pelbagai pangkat dari Unit Tindakhas (UTK) dianugerahkan insignia sayap penerjunan dalam Majlis Penutup Kursus Asas Taktikal Payung Terjun (ATPT) 69 Komando Siri Unit Tindakhas (UTK) 1/2022 di Lapangan Terbang Tekah, di sini, semalam.
Koperal Khairul Anuar Jusoh mendahului senarai penerima anugerah apabila berjaya dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Kursus, diikuti Inspektor Nur Nazarith Sofia Ab. Malik (Peserta Terbaik Akademik) dan Koperal Noor Azman Shamsudin sebagai Peserta Terbaik Jasmani.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP