
Article
Kpn Santuni Keluarga Pegawai Kanan Ipk Terengganu Yang Meninggal Dunia
Bachok, 27 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi menziarahi keluarga Allahyarham ASP Norazila Mat Husin...
Bachok, 27 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi menziarahi keluarga Allahyarham ASP Norazila Mat Husin dekat sini yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan buah pinggang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu, pagi tadi.
Tan Sri Acryl Sani yang dalam rangka lawatan kerja ke Kontinjen Kelantan itu, meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada keluarga pegawai tersebut di kediamannya di Kampung Padang, Jalan Nakhoda Saamah dekat sini.
Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa, Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Azman Ayob, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin dan para Pegawai Kanan Polis Kontinjen Kelantan serta Kontinjen Terengganu.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini