
Artikel
Kpn Rasmi Penutup Persidangan Agung Ppkp Malaysia Tahun 2023 2024
Kuala Lumpur, 9 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini berbesar hati merasmikan Penutup Persidangan Agung Persat...
Kuala Lumpur, 9 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini berbesar hati merasmikan Penutup Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) Malaysia Tahun 2023/2024 di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama Pengarah Pengurusan selaku
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim.
Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) merangkap Presiden PPKP, SAC Mohd Asri Md Akhir dengan memfokuskan hal-hal kebajikan dan kemajuan kerjaya para ahlinya yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis.
Berucap ketika merasmikan penutup tadi, Tan Sri Acryl Sani menjelaskan bahawa persidangan agung adalah platform terbaik bagi membincangkan pelaksanaan perancangan strategik demi memperkasakan lagi hala tuju PPKP, seterusnya menambah baik organisasi PDRM secara keseluruhannya.
Turut berlangsung semalam, Majlis Bacaan Yasin sempena Persidangan Agung PPKP di Surau Al-'Alimin Maktab PDRM yang diketuai oleh Ustaz Mohd Asri Hj. Azmi dan turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, CP Dato’ Sri Azri Ahmad.
Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM, SAC Ishak Hasan.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.








