Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Lima Individu Selepas Penemuan Pistol 925 Biji Pil Kuda Bernilai Lebih Rm10 Ribu Dalam Rumah

Diterbitkan: 09 Jun 2023 8.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 9 Jun 2023 - Apa sudah jadi apabila lima sekeluarga ditahan polis selepas didapati menjadi pengedar dadah utama di daerah ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-tahan-lima-individu-selepas-penemuan-pistol-925-biji-pil-kuda-bernilai-lebih-rm10-ribu-dalam-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:37 MYT
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Lima Individu Selepas Penemuan Pistol 925 Biji Pil Kuda Bernilai Lebih Rm10 Ribu Dalam Rumah
Laman Utama / Artikel / Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Lima Individu Selepas Penemuan Pistol 925 Biji Pil Kuda Bernilai Lebih Rm10 Ribu Dalam Rumah
Kembali ke Pustaka
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan Lima Individu Selepas Penemuan Pistol 925 Biji Pil Kuda Bernilai Lebih Rm10 Ribu Dalam Rumah

Kota Bharu, 9 Jun 2023 - Apa sudah jadi apabila lima sekeluarga ditahan polis selepas didapati menjadi pengedar dadah utama di daerah ini.
Kota Bharu, 9 Jun 2023 - Apa sudah jadi apabila lima sekeluarga ditahan polis selepas didapati menjadi pengedar dadah utama di daerah ini.

Penahanan membabitkan pasangan suami isteri, ibu mentua dan dua kanak-kanak lelaki yang juga anak saudara kepada pasangan itu.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, penahanan suspek membawa penemuan 952 biji pil kuda bernilai RM 10,472 bersama sepucuk pistol dan 11 butir peluru di kediaman suspek di Kampung Takang di Tawang, Bachok, 30 Mei lalu.
Katanya, kesemua yang ditahan berusia 11 hingga 54 tahun dan hasil siasatan juga mendapati dua daripada suspek iaitu isteri serta ibu mentua adalah warganegara Thailand.

“Selain itu, turut dirampas sebuah kereta Proton Wira bernilai RM6,500 dan barang kemas berharga RM4,300.
“Manakala, hasil ujian saringan air kencing mendapati, salah seorang suspek lelaki berusia 24 tahun positif dadah manakala yang lain didapati negatif. Kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Tiga suspek membabitkan pasangan suami isteri serta ibu mentua ditahan reman selama tujuh hari bermula 31 Mei,” katanya.

Dato' Muhamad Zaki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Perlucuthakan harta) 1988, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih Berat) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1971.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.


May be an image of 5 people and text that says 'Oleh Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my Kota Bharu Satu keluarga kena 'angkut' Polis tahan lima in
 
 
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2023 8.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM