Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Penuhi Undangan Meriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia

Diterbitkan: 05 May 2023 3.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.24 AM
Sungai Buloh, 5 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi memenuhi jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan dekat Kompleks Jabatan Penjara Sungai Buloh, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-penuhi-undangan-meriahkan-sambutan-hari-raya-aidilfitri-jabatan-penjara-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:31 MYT
 
Sungai Buloh, 5 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani petang tadi memenuhi jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan dekat Kompleks Jabatan Penjara Sungai Buloh, di sini.

Majlis sambutan yang turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu bermula kira-kira jam 5.00 petang dengan pengisian Majlis Jalinan Kasih bersama penghuni penjara.

Tan Sri Acryl Sani turut bersama-sama bersalaman dan bergambar kenangan dengan kakitangan Penjara Sungai Buloh di Dewan Tan Sri Murad Ahmad yang tidak melepaskan peluang melihat dengan lebih dekat pucuk pimpinan Pasukan itu.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ahli Parlimen Sungai Buloh, Dato' Ramanan Ramakrishnan, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah Penjara selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato' Hj. Nordin Hj. Muhamad dan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.
ArtikelDiterbitkan 05 May 2023 3.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.24 AM