Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Prn Pdrm Sedia Kerah Anggota Tambahan Jika Perlu Pengarah Jabatan Kdnka

Diterbitkan: 05 May 2023 3.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.24 AM
Putrajaya, 5 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menggerakkan tenaga tambahan dari negeri-negeri yang tidak terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk membantu semasa PRN dijalankan di enam negeri nanti, jika perlu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-pdrm-sedia-kerah-anggota-tambahan-jika-perlu-pengarah-jabatan-kdnka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:37 MYT
Putrajaya, 5 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menggerakkan tenaga tambahan dari negeri-negeri yang tidak terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk membantu semasa PRN dijalankan di enam negeri nanti, jika perlu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, perancangan PRN setakat ini adalah mengekalkan kekuatan yang pernah diguna pakai semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

Beliau selaku Pengarah Operasi PDRM PRU15 berkata arahan itu telah diberikan kepada semua Ketua Polis negeri yang terlibat iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di Kejohanan Menembak RMP Open Championship 2023 Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini, yang berlangsung sehingga Ahad ini, melibatkan penyertaan 787 penembak termasuk dari Indonesia, Thailand, UAE, Hong Kong, Singapura dan Filipina.

Bacaaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2186407

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 05 May 2023 3.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.24 AM