
Article
Kpn Pantau Persediaan Bot Penyelamat Balai Polis Panchor
Muar, 14 November 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani memantau persediaan bot penyelamat bagi menghadapi Monsun Timur Laut ya...
Muar, 14 November 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani memantau persediaan bot penyelamat bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang akan digunakan oleh Balai Polis Panchor dalam misi menyelamat mangsa yang terjejas dengan banjir, semalam.
Kehadiran KPN yang diiringi oleh Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat itu diadakan di Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bakri, di sini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu, Komander Briged Tengah, PGA, SAC Zulkifli Jonit dan Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.