
Artikel
Pru 15 Kpn Bersama Mdn Hadir Taklimat Persediaan Kontinjen Johor Hadapi Mtl Dan Pru
Muar, 14 November 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin hadir...
Muar, 14 November 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin hadir mendengar taklimat persediaan Kontinjen Polis Johor menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), di Bilik Mesyuarat Perdana, Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dato' Mohd Sayuthi Bakar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan KP Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Johor, Ketua-ketua Polis Daerah dan Formasi Kontinjen Johor.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.