Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Lawat Pengarah Jbpm Selangor Di Hospital Selayang

Diterbitkan: 20 Dec 2022 5.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Gombak, 20 Disember 2022 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani melawat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Dato’ Norazam Khamis di Hospital Selayang, di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-lawat-pengarah-jbpm-selangor-di-hospital-selayang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:18 MYT

Gombak, 20 Disember 2022 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani melawat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Dato’ Norazam Khamis di Hospital Selayang, di sini pagi tadi.

Dato’ Norazam dikejarkan ke hospital kira-kira jam 6 petang semalam kerana mengalami angin ahmar ringan dan keletihan selepas terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak awal kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat lalu.

Kehadiran Tan Sri Acryl Sani telah disambut oleh Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang, Datuk Dr. Mohamed Alwi Hj. Abd Rahman.

Hadir sama dalam lawatan tadi ialah para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama JBPM Selangor.

Seluruh warga PDRM mendoakan agar kesihatan Dato’ Norazam segera pulih dan dapat kembali menjalankan tugas seperti sedia kala.

Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid.

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing, indoor and text that says '26 AlsoftA'
​
May be an image of 2 people and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

ArtikelDiterbitkan 20 Dec 2022 5.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM