Artikel
Artikel Pilihan Petugas Pdrm Cekal Beri Komitmen Dalam Misi Sar
Petaling Jaya, 20 Disember 2022 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyifatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang...
Petaling Jaya, 20 Disember 2022 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyifatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm sememangnya terlatih.
Jelas beliau, setiap penugasan mereka telah diatur baik dengan mengambil kira aspek kebajikan dan kepakaran masing-masing.
Kualiti persediaan dan latihan serta tugasan telah diterapkan sebagai pengetahuan dan kemahiran pengurusan serta aspek psikologi yang berkesan.
“Walaupun keletihan, saya yakin barisan petugas dapat memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan misi mencari dan menyelamat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
