
Article
Kpn Lawat Pengarah Jbpm Selangor Di Hospital Selayang
Gombak, 20 Disember 2022 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani melawat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor,...
Gombak, 20 Disember 2022 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani melawat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Dato’ Norazam Khamis di Hospital Selayang, di sini pagi tadi.
Dato’ Norazam dikejarkan ke hospital kira-kira jam 6 petang semalam kerana mengalami angin ahmar ringan dan keletihan selepas terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak awal kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat lalu.
Kehadiran Tan Sri Acryl Sani telah disambut oleh Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang, Datuk Dr. Mohamed Alwi Hj. Abd Rahman.
Hadir sama dalam lawatan tadi ialah para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama JBPM Selangor.
Seluruh warga PDRM mendoakan agar kesihatan Dato’ Norazam segera pulih dan dapat kembali menjalankan tugas seperti sedia kala.
Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid.