
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 4 048 Kemalangan Kenderaan Berat 291 Pemandu Positif Dadah
Petaling Jaya, 17 Februari 2026 - Sebanyak 4,048 kemalangan melibatkan kenderaan berat direkodkan di seluruh negara dengan 1,457 kematian dalam tempoh lima tah...
Petaling Jaya, 17 Februari 2026 - Sebanyak 4,048 kemalangan melibatkan kenderaan berat direkodkan di seluruh negara dengan 1,457 kematian dalam tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2024.
Daripada jumlah itu, seramai 261 pemandu kenderaan berat dikenal pasti positif dadah hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, statistik menunjukkan trend peningkatan bilangan pemandu kenderaan berat yang dikesan positif dadah walaupun jumlah kemalangan maut melibatkan kenderaan berat menurun pada tahun 2025 berbanding 2024.
Menurut beliau, kemalangan maut melibatkan kenderaan berat dianggarkan menyumbang sekitar dua hingga tiga peratus daripada keseluruhan kemalangan maut jalan raya setiap tahun.
“Negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah serta laluan utama Pantai Timur dan utara Semenanjung mencatatkan statistik tertinggi kes membabitkan pemandu kenderaan berat di bawah pengaruh dadah.
“Bagi tahun 2023, jumlah tertinggi direkodkan dengan 777 kes kemalangan melibatkan 235 kematian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.