Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Taklimat Persiapan Prn Di Ipk Selangor

Diterbitkan: 07 Jul 2023 9.08 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.20 PM
Shah Alam, 7 Julai 2023 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Taklimat Persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan di Bilik Gerakan PRN, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-taklimat-persiapan-prn-di-ipk-selangor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:44 MYT
Shah Alam, 7 Julai 2023 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Taklimat Persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan di Bilik Gerakan PRN, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pagi tadi.

Ia merupakan sesi taklimat keempat dihadiri Tan Sri Razarudin selepas Kontinjen Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Terdahulu, ketibaan beliau di perkarangan IPK telah disambut oleh Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato’ Hussein Omar Khan bersama timbalannya, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam.

Sesi taklimat yang antara lain menyentuh aspek kekuatan sumber manusia dan keselamatan awam sepanjang PRN telah disampaikan oleh KP Selangor, Dato’ Hussein, Ketua Polis Daerah (KPD) Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dan KPD Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Alias.

Selain Selangor, lima negeri lain yang akan terbabit dengan PRN ialah Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Seusai taklimat, Tan Sri Razarudin meletakkan kepercayaan penuh kepada kepimpinan Kontinjen Selangor yang telah menyusun strategi terbaik dan rapi demi memastikan kelancaran PRN tidak lama lagi.

Beliau turut mengingatkan para pegawai dan anggota yang terlibat agar tidak mengabaikan “core business” Pasukan iaitu sentiasa mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.

Hadir sama dalam sesi taklimat adalah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Hishamudin Tahar, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato' Nerita Yaacob, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Sapii Ahmad, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan, barisan ketua jabatan, ketua formasi dan ketua polis daerah kontinjen Selangor.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 7 people, ambulance and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 6 people, newsroom and text

May be an image of 10 people, table, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people, table, lighting and text

May be an image of 2 people and text


ArtikelDiterbitkan 07 Jul 2023 9.08 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.20 PM