
Artikel
Artikel Pilihan Prn Polis Kenal Pasti 70 Kawasan Panas Di Selangor Kpn
Shah Alam, 7 Julai 2023 - Polis Kontinjen Selangor mengenal pasti 70 lokasi yang dikategorikan kawasan panas (hotspot) di negeri ini sepanjang tempoh Pilihan R...
Shah Alam, 7 Julai 2023 - Polis Kontinjen Selangor mengenal pasti 70 lokasi yang dikategorikan kawasan panas (hotspot) di negeri ini sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata lokasi berkenaan dikenal pasti berdasarkan pengalaman pasukannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu.
"Kawasan panas di Selangor akan dipantau Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Bahagian Cawangan Khas (SB).
"Ini bagi menentukan bahawa perjalanan PRN berjalan lancar, pengundi dapat mengundi dengan teratur dan selamat untuk keluar mengundi, tak perlu takut keluar mengundi... jika ada ugutan dari luar, kita hendak tentukan perkara ini tidak berlaku.
"Sebelum ini pun kita ada pengalaman dalam PRU, kebanyakan kita sudah kenal pasti tempat-tempat yang ada isu, cuma kita akan “neutralize” kan perkara-perkara ini," katanya.
Sumber: Berita Harian