Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Program Townhall Rakyat Bersama Mdn

Published: 10 Apr 2023 2.58 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 10 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini hadir ke sesi Program Townhall Rakyat bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-program-townhall-rakyat-bersama-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:48 MYT
Shah Alam, 10 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini hadir ke sesi Program Townhall Rakyat bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, di sini, petang tadi.

Program yang masuk kali ketiga dan dihoskan oleh Azhar Sulaiman itu merupakan pentas kepada menteri untuk mengupas lebih lanjut mengenai prestasi serta tanggungjawab setiap jabatan mahupun agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Dalam program tersebut turut diadakan pameran dari agensi-agensi di bawah KDN termasuk Polis Diraja Malaysia menerusi Pasukan Simpanan Persekutuan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam dan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik yang mempamerkan aset-aset Pasukan seperti kenderaan “water cannon" dan motosikal berkuasa tinggi.

Seusai program dijalankan, Tan Sri Acryl Sani dan Datuk Seri Saifuddin Nasution beramah mesra dengan para peserta Townhall sebelum bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa yang diadakan secara ala Madinah dan mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah.

Yang turut hadir, barisan ketua jabatan agensi kerajaan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Encik W. Husbi W. Mohd, Ahli Parlimen Shah Alam, Tuan Hj. Azli Yusof, Ketua Polis negeri, CP Dato' Hussein Omar Khan dan rakan media.
 
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 4 people, television, newsroom, dais and text that says 'Bersama... SAIFUDDIN NASUTION MENTERI DALAM NEGERI 3.ISNIN 5 PETA RAF, N NGSL s

May be an image of 3 people

May be an image of 14 people

May be an image of 13 people

May be an image of 2 people

May be an image of 5 people

May be an image of 3 people

May be an image of 6 people and newsagent

May be an image of 9 people



May be an image of 12 people

May be an image of 2 people and crowd

May be an image of 6 people

May be an image of 2 people

May be an image of 7 people

May be an image of 5 people
ArticlePublished 10 Apr 2023 2.58 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM