
Artikel
Pengarah Jabatan Kdnka Hadir Majlis Berbuka Puasa Utk
Kuala Lumpur, 10 April 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali dan isteri, Datin Sri Fadzia...
Kuala Lumpur, 10 April 2023 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali dan isteri, Datin Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan KDNKA hari ini hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Unit Tindakhas (UTK), Jabatan KDNKA di Kompleks UTK, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, di sini.
Ketibaan mereka telah disambut oleh Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan isteri, Puan Syamson Suhaila Razali merangkap Pengerusi PERKEP UTK bersama sebahagian warga kerja UTK.
Dalam majlis tersebut turut diadakan bacaan tahlil dan doa selamat sementara menunggu azan Maghrib berkumandang untuk berbuka puasa. Beliau kemudiannya menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum meninggalkan majlis.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim dan DCP Gerakan Jabatan KDNKA, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan