
Artikel
Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn Anjuran Bersama Jabatan Penjara Malaysia
Putrajaya, 23 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadiri Perhi...
Putrajaya, 23 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Oktober yang berlangsung dekat Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.
Dalam majlis tersebut, Datuk Awang Alik menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI yang bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM19.5 bilion kepada KDN melalui Belanjawan 2025 yang diumumkan pada 18 Oktober lalu.
Tambah beliau, ia adalah atas kepercayaan tinggi yang diberikan oleh Kerajaan kepada KDN, terutamanya dalam konteks memperkukuhkan keselamatan negara. Justeru,
beliau menyeru agar seluruh warga kerja KDN dapat melaksana dan merealisasikan kepercayaan itu dengan cemerlang.
beliau menyeru agar seluruh warga kerja KDN dapat melaksana dan merealisasikan kepercayaan itu dengan cemerlang.
Turut berlangsung tadi ialah penyerahan bantuan saguhati Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) kepada dua waris anggota PDRM yang terkorban dalam insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lalu.
Penyerahan saguhati TAPPN oleh Datuk Awang Alik dengan diiringi Tan Sri Razarudin, diterima bapa Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar iaitu Encik Azhar Kaiden serta ibu Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said, Puan Aini Mohd. Shariff.
Selain itu, dalam majlis yang sama berlangsungnya Penyampaian Watikah Pelantikan dan Sijil Keanggotaan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran kepada badan bukan kerajaan, bagi membiayai kos operasi Rumah Pelindungan Mangsa Pemerdagangan Orang serta Pelancaran Buku Kod Etika dan Kod Tatakelakuan Jabatan Penjara Malaysia.
Turut hadir, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Makhzan Mahyuddin, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN serta para pegawai kanan polis.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri
