Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Majlis Perasmian Sambutan Hari Antidadah Dan Penutup Sspdk 2024

Diterbitkan: 26 Jun 2024 11.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 Jun 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Antidadah dan Penutup Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) 2024 yang berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-perasmian-sambutan-hari-antidadah-dan-penutup-sspdk-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:58 MYT
Kuala Lumpur, 26 Jun 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Antidadah dan Penutup Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) 2024 yang berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Majlis anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang bertemakan “Perkasa Sinergi, Perkukuh Solidariti” itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismai.

Turut hadir mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok.

Dalam majlis yang diadakan, Tan Sri Razarudin bersama-sama Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menyempurnakan gimik perasmian dan pelancaran portal aduan AADK.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Khaw Kok Chin, Ketua Polis KL, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, barisan Ketua Jabatan dan Agensi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahya serta rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 1 person, crowd and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 1 person, speaker, lighting and dais

May be an image of 5 people


ArtikelDiterbitkan 26 Jun 2024 11.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM