Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Ancaman Daesh Pasukan Keselamatan Sentiasa Siap Sedia Mdn

Diterbitkan: 26 Jun 2024 12.33 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 Jun 2024 - Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menangani sebarang ancaman terutamanya melibatkan elemen kumpulan ekstremis Daesh.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-ancaman-daesh-pasukan-keselamatan-sentiasa-siap-sedia-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:52 MYT
Kuala Lumpur, 26 Jun 2024 - Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menangani sebarang ancaman terutamanya melibatkan elemen kumpulan ekstremis Daesh.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia dapat dilihat melalui kejayaan Polis Diraja Malaysia dalam menahan beberapa individu yang cuba mengembangkan ideologi berkenaan baru-baru ini.

Elemen Daesh itu masih ada tetapi polis telah berjaya mematahkan cubaan berkenaan menunjukkan bahawa pihak keselamatan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa.

"Tangkapan ini juga menunjukkan elemen Daesh ini berada dalam batas ruang di mana pasukan keselamatan mampu tanganinya," katanya ketika diminta mengulas mengenai tahap keselamatan negara berikutan penahanan lapan individu terlibat dalam ideologi Daesh baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/radio/news.php?id=2311567

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 26 Jun 2024 12.33 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM