Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Majlis Perasmian Forum Ekonomi Malaysia 2025 Di Klcc

Published: 09 Jan 2025 7.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 9 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir bersama Ketua-ketua Agensi Persekutuan ke Majlis Perasmian Forum Ekonomi Malaysia 2025 (FEM2025).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-perasmian-forum-ekonomi-malaysia-2025-di-klcc
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:49 MYT
Kuala Lumpur, 9 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir bersama Ketua-ketua Agensi Persekutuan ke Majlis Perasmian Forum Ekonomi Malaysia 2025 (FEM2025).

Perasmiannya disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

FEM2025 merupakan sebuah platform tahunan utama untuk mengumpul pakar-pakar ekonomi dari dalam dan luar negara bagi menilai kedudukan Malaysia dalam ekonomi global, seterusnya memfokuskan kepada keutamaan serta dasar negara di tahun 2025 ini.

Seramai 50 pakar ekonomi, ekademik dan industri bakal membincangkan topik daripada Dasar Fiskal dan Monetari kepada pembaharuan teknologi dan pendidikan di Malaysia.

Yang turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman.

Jurugambar: Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim dan Konstabel Muhammad Azri Sabri

ArticlePublished 09 Jan 2025 7.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM