
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Menteri Dalam Negeri
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk bersama-sama ketua-ketua ag...
Putrajaya, 9 Januari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk bersama-sama ketua-ketua agensi di bawah KDN bagi mendengar Amanat Tahun Baharu 2025 yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Manakala daripada Polis Diraja Malaysia yang turut bersama dengan Dato' Sri Ayob Khan untuk mendengar amanat yang disampaikan tadi ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad serta Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri.
Dalam amanat yang disampaikan, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menekankan beberapa isu induk yang bakal menjadi fokus utama KDN dalam tahun 2025 ini, selain beberapa isu semasa bagi mengekalkan keamanan negara.
Beliau turut menekankan kepentingan penguasaan teknologi kecerdasan buatan atau "Artificial Intelligence" dalam kalangan warga KDN termasuk PDRM bagi memenuhi aspirasi pucuk pimpinan negara di bawah Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara lebih berpotensi cemerlang di masa hadapan.
Majlis amanat di Dewan Auditorium, Kompleks Setia Perkasa tadi berlangsung hampir dua jam sebelum Dato' Sri Ayob Khan bersama tetamu kehormat lain mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution merasmikan kafe Gloria Jean's Coffees di kompleks yang sama.
Hadir sama, Ketua-ketua Bahagian KDN dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Azry Akmar Dato' Hj. Ayob.
Jurugambar: PDRM RMP TV