
Article
Kpn Hadir Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni Dan Iftar Jabatan Pengurusan
Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar anjuran Jabatan Penguru...
Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar anjuran Jabatan Pengurusan di Masjid Bukit Aman, di sini, hari ini.
Ketibaan Tan Sri Razarudin sekitar jam 7.00 malam di perkarangan masjid telah disambut oleh Pengarah Pengurusan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Jabatan Pengurusan, Datin Sri Sharifah Rodziah Syed Agil.
Sebelum menunggu masuk waktu berbuka puasa, Tan Sri Razarudin bersama para jemaah yang hadir meluangkan masa mendengar tazkirah ringkas disampaikan oleh Pengerusi Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara, Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali dan seterusnya mengerjakan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang dipimpin oleh ASP Kesejahteraan Organisasi, Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Imam Masjid Bukit Aman, ASP Muhammad Khudri Sulaiman.
Terdahulu, Tan Sri Razarudin turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada 12 anak-anak warga Jabatan Pengurusan.
Hadir sama, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, H.E Dr. Mubarak Saeed AlDhaheri, barisan Timbalan Pengarah PDRM serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.




