Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Ke Majlis Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035

Published: 19 Aug 2024 1.10 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 19 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Majlis Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-ke-majlis-peluncuran-pelan-transformasi-ekonomi-bumiputera-2035
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:21 MYT
Putrajaya, 19 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Majlis Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, petang tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan oleh Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Ekonomi, Tuan Rafizi Ramli dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Hj. Awang Tengah Ali Hasan.
PuTERA35 yang diperkenalkan hari ini merupakan pelan baharu yang akan memacu agenda Bumiputera ke tahap yang lebih baik serta lebih jelas di samping sebagai anjakan besar dalam membawa pembangunan Bumiputera ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi serantau.

Dato' Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika berucap menjelaskan bahawa pelan baharu yang diperkenalkan itu bertujuan mengangkat darjat dan martabat Bumiputera agar sejajar dengan aspirasi Ekonomi MADANI iaitu Memperkasa Rakyat serta dijajarkan dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030 (Agenda 2030) yang akan membolehkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan lebih berkualiti.

“PuTERA35 menggarap tiga teras utama iaitu Memperkukuh Pasak Ekonomi Negara; Memperteguh Kerukunan Tatakelola dan Institusi serta Menegakkan Keadilan Sosial.
“Pelan itu juga menggarap 12 Pemacu dan 132 ikhtiar dalam memperkasakan lagi agenda Bumiputera,” ujarnya lagi.

Selain itu beliau berkata agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri juga boleh memainkan peranan memantau agensi pemerkasaan Bumiputera.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah simbolik penyerahan buku PuTERA35 oleh Tuan Rafizi kepada Dato' Seri Anwar.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar, barisan jemaah menteri, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, dif-dif jemputan serta barisan Ketua Jabatan Agensi Kerajaan.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 2 people, lighting, speaker, dais and text

May be an image of 9 people, lighting and text

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 3 people, crowd and text

May be an image of 3 people

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text



ArticlePublished 19 Aug 2024 1.10 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM