Kpn Elak Sebarang Elemen Negatif Dalam Pdrm
KPN - ELAK SEBARANG ELEMEN NEGATIF DALAM PDRM
Kuala Lumpur, 5 Januari – “Kita harus membuktikan bahawa kita komited dan serius dalam menentukan warga PDRM bebas dari sebarang elemen negatif yang merosakkan,” tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, petang tadi.
Beliau berucap sempena Seminar Integriti Ketua Polis Balai di Dewan Bankuet Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur yang berlangsung selama satu hari di mana turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rasid Ibrahim, Pengarah JIPS, Dato’ Zubaidah Md Ismail, barisan pengarah PDRM serta pegawai-pegawai kanan PDRM.
Seminar anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) ini bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan (esprit de corp) sesama rakan sekerja serta melahirkan Ketua Polis Balai (KPB) yang berintegriti dan dapat mempamerkan sikap seorang pemimpin sebagai contoh kepada pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing.
Seminar yang diadakan secara berperingkat ini memfokuskan semua KPB di seluruh Negara yang mana KPB adalah frontliner PDRM untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Kontinjen Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang adalah yang terlibat pada seminar kali ini.
Tan Sri KPN juga turut menerima sumbangan bagi mangsa banjir keluarga polis dari KOP Aviation SDN BHD, Syarikat Kumpulan KOP Mantap Berhad dan juga sumbangan daripada Pengarah Eksekutif KOP Mantap, Dato’ Mohd Nazar Samad.
GAMBAR SEPANJANG MAJLIS.