
Artikel
Kpn Dirai Rakan Sejawat Dari Rtp Dalam Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Tahunan Jenayah Rentas Sempadan Di Bangkok
Majlis makan malam yang dihoskan oleh RTP itu bersempena 27th Departmental Review Joint Thaipand-Malaysia Working Committee Meeting on Criminal Activities yang...
Bangkok, 6 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi diraikan rakan sejawatannya dari Thailand, Commisioner General of Royal Thai Police (RTP), Police General Torsak Sukvimol di Hotel Athenee, di sini.
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin, Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Hj. Azizi Hj. Mat Aris dan Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim.
Tan Sri Razarudin yang mengetuai delegasi Polis Diraja Malaysia siang tadi mempengerusikan bersama Police General Torsak dalam mesyuarat tahunan bagi membanteras jenayah rentas sempadan dan memperkasakan hubungan dua hala di antara dua agensi keselamatan utama kedua-dua negara berjiran itu.
Hubungan Polis Diraja Malaysia dengan RTP kekal utuh dengan semangat setia kawan yang jitu di antara Tan Sri Razarudin bersama rakan sejawatannya, Police General Torsak.














