Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dan Timbalan Santuni Penduduk Kampung Sungai Haji Dorani Bersama Mdn

Published: 12 Apr 2023 4.57 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sabak Bernam, 13 April 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menyantuni penduduk Kampung Sungai Haji Dorani dalam satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-timbalan-santuni-penduduk-kampung-sungai-haji-dorani-bersama-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:23 MYT

Sabak Bernam, 13 April 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menyantuni penduduk Kampung Sungai Haji Dorani dalam satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di sini.

Ketibaan delegasi MDN dan Pucuk Pimpinan Pasukan di Surau Riyadhus Solihin sekitar jam 6.45 petang tadi disambut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan, Encik Abd Rahman Saad yang mewakili penduduk setempat.

Dalam majlis tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kebajikan Aidilfitri kepada 20 orang asnaf dan 149 petugas Op Taring Nyah 1, Selangor yang diwakili Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Zulkifli Jonit.

Seusai berbuka puasa bersama warga desa, Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama Tan Sri Acryl Sani dan Tan Sri Razarudin menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah sebelum meneruskan lawatan ke Pos PGA Haji Dorani.

Terdahulu, kedua-dua pucuk pimpinan Pasukan itu mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution melawat ke Pos PGA Pantai Remis yang dikawal selia oleh Batalion 4 dari Briged Tengah PGA dan diberikan taklimat ringkas operasi oleh pegawai pemerintahnya, Superintendan Rizal Mohamed.

Anggota yang bertugas di pos berkenaan turut disantuni dengan diberi sumbangan berupa barang keperluan dan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Dato’ Mohd Imran Tamrin, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Pengarah Logistik dan Teknologi, CP Dato‘ Seri Sahabudin Abd. Manan, Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Pasukan Polis, Dato' Mohd Zulfikar Ahmad, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussien Omar Khan, Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, pegawai kanan polis serta rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 4 people

May be an image of 4 people

May be an image of 7 people

May be an image of 8 people

May be an image of 7 people and text that says 'BAL OLIS POLIS'

May be an image of 6 people, motorcycle and segway

May be an image of 6 people

May be an image of 5 people




ArticlePublished 12 Apr 2023 4.57 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM