Artikel
Video Pilihan Wira Negara Esscom
Sumber: Eastern Sabah Security Command dan TV3MALAYSIA Official
Saksikan video khas penugasan para pegawai dan anggota Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menjalankan tugas membuat rondaan di perairan laut serta kawasan darat di Pantai Timur Sabah.
Menurut Komander Eastern Command, DCP Datuk Hamzah Hj. Ahmad, penugasan oleh pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang dikoordinasikan ESSCOM di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) pada bulan Ramadan berjalan seperti biasa serta kesiapsiagaan mereka adalah pada tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang ancaman keselamatan.
