Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dan Timbalan Kpn Hadir Berbuka Puasa Bersama Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong

Published: 19 Mar 2024 1.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Santapan Utama, Istana Negara, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-timbalan-kpn-hadir-berbuka-puasa-bersama-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:28 MYT
Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Santapan Utama, Istana Negara, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri selaku Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin.

Berangkat mencemar duli ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail dengan diiringi Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan PM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof.

Terdahulu, Baginda berdua berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr. Luqman Hj. Abdullah di Surau Utama Istana Negara.

Baginda berdua kemudiannya berangkat ke Dewan Santapan Utama bagi menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana penuh harmoni.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, barisan Menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen, Duta-duta dan perwakilan asing ke Malaysia, Ketua-ketua jabatan agensi kerajaan Persekutuan serta Negeri.

Sumber gambar: Istana Negara

Mungkin imej 5 orang, tudung kepala dan teks

Mungkin imej 9 orang dan teks

Mungkin imej 9 orang, meja, pencahayaan dan dais

Mungkin imej 4 orang, dais dan teks

Mungkin imej 4 orang dan dais

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 11 orang
ArticlePublished 19 Mar 2024 1.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM