
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Lakukan Ziarah Kebajikan Warga Pasukan Di Kuching
Kuching, 19 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin menziarahi tiga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang uzur d...
Kuching, 19 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin menziarahi tiga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang uzur di sekitar ibu negeri, di sini semalam.
Dato' Khaw kemudiannya menziarahi seorang pegawai awam di kawasan perumahan sama iaitu Pembantu Tadbir, Puan Jesi Dilep dari JSJN IPK Sarawak yang menghidap barah payu dara.
Manakala lawatan terakhir beliau adalah di Hospital Umum Sarawak bagi menyantuni Koperal/S Dayang Rohayati Awang Kelami dari Cawangan Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan IPK Sarawak yang sedang mendapatkan rawatan bagi penyakit usus.
Dalam ketiga-tiga lawatan tersebut, Dato' Khaw turut berbesar hati menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai bagi meringankan beban pesakit.
Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata bersama timbalannya, DCP Datuk Ibrahim Darus, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Bukit Aman, SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali dan para pegawai kanan PDRM.