Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dan Pengerusi Perkep Hadir Majlis Sambutan Rasmi Pm Singapura Ke Malaysia

Published: 07 Jan 2025 9.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 7 Januari 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman pagi tadi hadir ke Majlis Sambutan Rasmi Perdana Menteri (PM) Singapura, H.E. Mr. Lawrence Wong di Bangunan Perdana Putra, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-pengerusi-perkep-hadir-majlis-sambutan-rasmi-pm-singapura-ke-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:50 MYT
 
Putrajaya, 7 Januari 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman pagi tadi hadir ke Majlis Sambutan Rasmi Perdana Menteri (PM) Singapura, H.E. Mr. Lawrence Wong di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Ketibaan H.E. Mr. Lawrence tadi telah diiringi PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kemudiannya membuat pemeriksaan kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja.

Terdahulu, pesawat yang membawa pemimpin tertinggi Singapura bersama isteri, Madam Loo Tze Lui dan beberapa menteri kabinet Keraajaan Singapuran mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri lawatan rasmi di negara ini selama dua hari bersempena Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 di ibu kota.

Seusai sambutan rasmi di Dataran Bangunan Putra tadi, Dato’ Seri Anwar tadi turut memperkenalkan Tan Sri Razarudin bersama isteri termasuk barisan Ketua Agensi Persekutuan lain kepada H.E. Mr. Lawrence.

Turut hadir menyambut sama ialah isteri PM, Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan PM I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan PM II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof, barisan menteri kabinet dan pengurusan tertinggi kerajaan.

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 15 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 5 people, headscarf, dais and text

ArticlePublished 07 Jan 2025 9.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM