
Artikel
Timbalan Kpn Penuhi Undangan Ke Irc 2025
Kuala Lumpur, 7 Januari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati hadir memenuhi undangan ke Persi...
Kuala Lumpur, 7 Januari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati hadir memenuhi undangan ke Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, di sini, pagi tadi.
Bertemakan “Quantum Frontier: Regulation and Innovation In The Tech Era”, persidangan global itu telah menghimpunkan pengawal selia serantau, pemimpin industri dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan dari seluruh dunia untuk bertukar pandangan serta merangka strategi untuk masa depan teknologi yang lebih mampan.
Persidangan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu tadi telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
Persidangan tahun ini memberi tumpuan membincangkan landskap digital yang berkembang dengan fokus kepada teknologi termaju dan rangka kerja pengawalan yang penting dalam menangani cabaran serta peluang era moden.
Persidangan selama dua hari yang berlangsung sehingga 8 Januari depan itu menampilkan dialog berimpak tinggi, perbincangan santai dan ucaptama sebagai usaha merangsang inovasi serta meneroka perbincangan mendalam mengenai kawal selia dalam industri komunikasi serta multimedia.
Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Puan Teo Nie Ching dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.