Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Mdn Santuni Mangsa Banjir Di Hulu Langat

Diterbitkan: 20 Dec 2021 11.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 20 Disember 2021 - Dengan keadaan banjir besar di negeri Selangor yang menunjukkan tanda surut, mangsa banjir di negeri Selangor khasnya di Hulu Langat berkesempatan menyampaikan hasrat hati mereka secara terus kepada pemimpin negara dan Polis Diraja Malaysia, yang menyantuni mereka hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-mdn-santuni-mangsa-banjir-di-hulu-langat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:21 MYT

Kajang, 20 Disember 2021 - Dengan keadaan banjir besar di negeri Selangor yang menunjukkan tanda surut, mangsa banjir di negeri Selangor khasnya di Hulu Langat berkesempatan menyampaikan hasrat hati mereka secara terus kepada pemimpin negara dan Polis Diraja Malaysia, yang menyantuni mereka hari ini.

Kunjungan Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin yang diiringi Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani di Kampung Batu Sungai Lui, Kampung Batu 16 dan Kampung Batu 17 di sini, memberikan sedikit kelegaan kepada mangsa banjir di situ.

MDN dan KPN yang tiba di lokasi bencana banjir sekitar jam 1200 tengah hari tadi menggunakan kenderaan pacuan empat roda disambut penduduk setempat, meluangkan masa hampir dua jam melawat beberapa kawasan yang musnah teruk.

MDN dan KPN kemudian sempat memberikan ulasan mengenai siri bantuan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Isnin lalu.

Dalam lawatan tersebut juga, MDN dan KPN turut beramah mesra dengan mangsa banjir, menyantuni penduduk setempat iaitu Encik Aznan Hambali dan Puan Rohana Amin serta orang awam di lokasi bencana.

Terdahulu, rombongan yang membawa MDN dan KPN sempat singgah di Balai Polis Batu 18 bagi meninjau keadaan balai tersebut yang terjejas teruk akibat bencana alam tersebut.

MDN turut memberikan kata-kata semangat buat Ketua Polis Balai Batu 18, Sarjan Mejar Amran Abd Rahman dan anak-anak buahnya yang sedang berusaha membaik pulih sekitar kawasan balai tersebut.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato’ Kasuahdi Hj. Ali, Komander Unit Tindakhas, SAC Dato' Mohd Khairi Khairudin dan Komander Briged Tengah PGA, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 2 people, people standing, outdoors and text that says 'HAMZAH'

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing, tree and outdoors

May be an image of 1 person and outdoors

May be an image of outdoors and tree

May be an image of outdoors

May be an image of motorcycle and road

May be an image of tree and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says 'HAMZAH BERITA POLIS 1a tvs tvs'
ArtikelDiterbitkan 20 Dec 2021 11.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM