
Artikel
Artikel Pilihan Terima Kasih Abang Pga Atas Bakti Anda
Rantau Panjang, 20 Disember 2021 - "Nasib baik ada 'abang PGA' meronda di kawasan penempatan kami dan membantu menghantar saya sekeluarga ke kawasan selamat,"...
Rantau Panjang, 20 Disember 2021 - "Nasib baik ada 'abang PGA' meronda di kawasan penempatan kami dan membantu menghantar saya sekeluarga ke kawasan selamat," kata Noriha Mohd Noor, 35, antara mangsa banjir di Kampung Tersang, Gual To'Deh, di sini.
Noriha bersama keluarganya ditemui pegawai dan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) sedang berjalan sambil menarik perahu dipenuhi enam kanak-kanak meredah banjir sejauh satu kilometer untuk berpindah.
Rondaan itu turut disertai Pegawai Pemerintah Batalion 7, PGA, Superintendan Azhari Nusi, sebelum membantu menghantar Noriha sekeluarga ke lokasi tujuan mereka.
Noriha berkata, dia dan suami, Mohd Khairul Anwar Muhamad, 37, mengambil keputusan meredah air banjir sambil membawa anak serta anak saudara berusia setahun hingga enam tahun menggunakan perahu sebelum menumpang kereta ke pekan Rantau Panjang.
"Kami sebenarnya mahu ke rumah kakak saya di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas untuk tumpang berteduh kerana rasa kediaman kami sudah tidak selamat disebabkan dinaiki air hampir dua meter.
"Saya menarik nafas lega apabila disapa anggota PGA yang turut menawarkan bantuan untuk menghantar kami ke pekan Rantau Panjang kerana ahli keluarga menunggu untuk membawa kami ke Pasir Mas.
"Apa yang menjadi masalah ialah perjalanan sejauh enam kilometer untuk ke Rantau Panjang kerana ada jalan yang dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan," katanya yang mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Batalion 7, PGA di atas bantuan.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../terima-kasih-abang-pga-atas...
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
Sumber: Harian Metro