Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dan Isteri Hadir Majlis Jamuan Negara Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Dymm Yang Di Pertuan Agong Xvi

Published: 28 Jan 2024 1.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber gambar: Jabatan Penerangan Malaysia
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-isteri-hadir-majlis-jamuan-negara-sempena-tamat-tempoh-pemerintahan-dymm-yang-di-pertuan-agong-xvi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:38 MYT
Kpn Dan Isteri Hadir Majlis Jamuan Negara Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Dymm Yang Di Pertuan Agong Xvi
Home / Article / Kpn Dan Isteri Hadir Majlis Jamuan Negara Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Dymm Yang Di Pertuan Agong Xvi
Back to Library
Article

Kpn Dan Isteri Hadir Majlis Jamuan Negara Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Dymm Yang Di Pertuan Agong Xvi

Sumber gambar: Jabatan Penerangan Malaysia
Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir ke Majlis Jamuan Negara Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental, di sini, malam tadi.

Berangkat bercemar duli ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan PM merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof bersama isteri, Datin Sri Hjh. Ruziah Mohd Tahir.
Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu diadakan bersempena tamatnya tempoh pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari depan selepas bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia selama lima tahun, sejak 31 Januari 2019.

Nyanyian lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dimulakan sebagai pembuka majlis diikuti dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan oleh Dato’ Seri Anwar.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan tetamu jemputan dalam majlis itu.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, barisan menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen, Duta-duta dan perwakilan asing ke Malaysia, Ketua-ketua Jabatan agensi kerajaan Persekutuan serta negeri.

ArticlePublished 28 Jan 2024 1.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM