
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Khas Peluncuran Kepengerusian Asean Malaysia 2025
Putrajaya, 26 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir ke Mesyuarat Khas Peluncuran Kepengerusian ASEAN-Malaysia Tah...
Putrajaya, 26 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir ke Mesyuarat Khas Peluncuran Kepengerusian ASEAN-Malaysia Tahun 2025 yang berlangsung dekat Bilik Mesyuarat Perdana, Pejabat Perdana Menteri, di sini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi di bawahnya.
Antara intipati mesyuarat yang dibincangkan tadi adalah berhubung persediaan KDN bersama kementerian-kementerian Badan Sektoral dalam penganjuran ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) yang dijangka diadakan pada tahun 2025.
Dalam mesyuarat tersebut, Dato’ Seri Anwar berkesempatan menyampaikan amanat kepada ahli mesyuarat yang hadir.
Yang turut hadir, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, barisan Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian serta barisan Ketua-ketua Agensi Kerajaan.
Jurugambar: Koperal Izqhar Zainal Ibidin dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.