Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Op Khas Taring Nyah Ii Pasar Harian Selayang Diserbu Lagi

Diterbitkan: 28 Jan 2024 2.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Pasar Harian Selayang di sini yang sudah beberapa kali diserbu pihak berkuasa sebelum ini, digempur lagi dalam operasi khas pada awal pagi semalam yang membawa kepada penahanan 108 pendatang asing tanpa izin (PATI).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-khas-taring-nyah-ii-pasar-harian-selayang-diserbu-lagi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:48 MYT
Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Pasar Harian Selayang di sini yang sudah beberapa kali diserbu pihak berkuasa sebelum ini, digempur lagi dalam operasi khas pada awal pagi semalam yang membawa kepada penahanan 108 pendatang asing tanpa izin (PATI).

Op Khas Taring Nyah II dilancarkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia membabitkan kekuatan 465 pegawai serta anggota dengan dibantu Jabatan Imigresen Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid berkata, seramai 213 warga asing yang berada di sekitar kawasan pasar harian berkenaan diperiksa dalam operasi bermula jam 3 pagi itu.

“Hasil saringan dilakukan, polis menahan 104 lelaki dan empat wanita PATI terdiri daripada 52 warga Indonesia, Myanmar (35), India (12), Bangladesh (tujuh) dan masing-masing seorang warga Pakistan serta Nepal.
“Kesalahan dikesan ialah tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta tinggal melebihi masa dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dato' Allaudeen berkata, operasi itu bertujuan membanteras pelbagai jenayah di kawasan sekitar Pasar Harian Selayang, terutama membabitkan PATI.
“Selain itu, ia turut memfokus kepada usaha membanteras sebarang aktiviti tidak sihat di kawasan ini,” katanya sambil mengalu-alukan orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis berhubung kegiatan mencurigakan atau kehadiran PATI di kawasan masing-masing.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
ArtikelDiterbitkan 28 Jan 2024 2.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM