
Article
Kpn Bersama Isteri Hadir Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sempena Persaraan Tan Sri Acryl Sani
Kuala Lumpur, 22 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sr...
Kuala Lumpur, 22 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena persaraan bekas KPN, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, di Masjid Bukit Aman, di sini.
Seusai bacaan Yasin dan doa selamat tadi, Tan Sri Razarudin dan Puan Sri Zainah kemudiannya menunaikan solat fardhu Isyak bersama para jemaah yang hadir.
Turut hadir, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, serta warga kerja Bukit Aman.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Muhamad Iqtar Azmi