
Artikel
Pengarah Jsjk Saksi Penganugerahan Pingat Bangsa Bangsa Bersatu Kepada Pegawai Dan Anggota Pdrm
Juba, 21 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf hadir menyaksikan penganugerahan pingat Bangsa-bangsa Bersatu...
Juba, 21 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf hadir menyaksikan penganugerahan pingat Bangsa-bangsa Bersatu kepada 10 Pegawai dan Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Payam Hall, United Nation House (UNH), di sini, semalam.
Beliau yang merupakan ketua delegasi PDRM dan mewakili Ketua Polis Negara serta Kerajaan Malaysia turut hadir bersama delegasi pasukan yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) (PGA) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Pegawai Pemerintah Batalion 20 Beluran Sabah, ACP Ahmad Radzi Hussain, Ketua Pegawai Turus Istiadat, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Ra'ayim Hj. Jemakir dan Pegawai Turus Gerakan dan Risik Briged Tengah PGA, DSP Mohd Mazlan Mohd Ariff.
Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Force Commander of United Nations Mission in South Sudan (UNMISS), H.E Lieutenant General Mohan Subramanian sebagai tanda penghargaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada khidmat bakti yang dicurahkan oleh pasukan United Nations Police (UNPOL) Malaysia dalam menjalankan penugasan di Selatan Sudan.
Turut hadir, Country Chairman Petronas, Mr. Peter Majid Tandom dan Ketua Sekuriti Petronas, pesara CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah serta pegawai Petronas yang bertugas di Sudan.