Kpn Berbuka Bersama Warga Briged Tengah Pga
Cheras -
4 Oktober 2007. Ketua Polis Negara telah menghadiri Majlis Berbuka
Puasa dan Penyampaian Sumbangan Raya kepada anak-anak yatim anjuran
Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, Selangor yang dilangsung
di Masjid Al-Amin.
Inspektor
Jeneral Tan Sri Musa Dato Hj Hassan meluangkan masa berbuka puasa
seterusnya berjemaah menunaikan sembahyang Maghrib, Isyak dan bertarawih
serta witir bersama warga Briged Tengah PGA.
Pada majlis yang sama Tan Sri Musa turut menyampaikan sumbangan raya kepada anak-anak yatim dari Pusat Nur Hikmah Taman Mesra, Kajang Selangor.
Turut
hadir pada majlis itu ialah Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Mohd Najib
Abdul Aziz Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Mustafa Abdullah Pengarah
Jabatan KDN/KA dan Dato Salleh Mat Rasid Komander Briged Tengah PGA.

Tan
Sri Musa Dato' Hj Hassan, Ketua Polis Negara dan Dato' Salleh Mat Rasid
Komander Bridged Tengah PGA (baju merah) menyampaikan sumbangan raya
kepada anak-anak yatim dari Pusat Nur Hikmah Taman Mesra, Kajang,
Selangor.

Tan
Sri Musa Dato' Hj Hassan, Ketua Polis Negara dan Dato' Salleh Mat Rasid
Komander Bridged Tengah PGA (baju merah) bermesra dengan tetamu yang
hadir di majlis tersebut.