Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Daerah Subang Jaya pada petang tadi telah mengadakan Program High Visibility di sekitar kawasan Subang Taipan, Subang Jaya Selangor. Program ini adalah salah satu program community policing di m..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpd-subang-jaya-turun-ronda-di-subang-taipan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:11 MYT

Subang Jaya, 18 Mac 2011 - Polis Daerah Subang Jaya pada petang tadi telah mengadakan Program High Visibility di sekitar kawasan Subang Taipan, Subang Jaya Selangor. Program ini adalah salah satu program community policing di mana pihak polis membuat rondaan untuk bertemu serta berinteraksi dengan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas tentang keadaan jenayah semasa.

Program yang berlangsung selama lebih kurang 3 jam itu dihadiri sendiri oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, YDH ACP Zainal Rashid bin Hj. Abu Bakar bersama beberapa Pegawai Kanan dari IPD Subang Jaya, IPK Selangor dan Urusetia NKRA Bukit Aman.

YDH ACP Zainal Rashid sempat bertemu dengan beberapa pemilik kedai dan juga masyarakat setempat bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada mereka. Beliau yang agak komited dalam memastikan keadaan di kawasan Subang Taipan khususnya dan di Subang Jaya amnya selamat dan terkawal. Walaupun keadaan hujan renyai namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan program ini sehingga selesai. Tambah beliau lagi, ada banyak program community policing seperti ini akan dibuat pada lain-lain masa,

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
YDH ACP Zainal Rashid bersama Pemilik Restoran Kayu Nasi Kandar, Ybhg. Dato' Sirajudin.

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
YDH KPD Subang Jaya bertemu dengan beberapa wakil peniaga di Subang Taipan.

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
High Visibility - YDH KPD Subang Jaya bertanyakan sesuatu kepada anggota bertugas Ops Payung.

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
YDH KPD Subang Jaya berjalan di sekitar Subang Taipan.

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
Walkabout bersama masyarakat setempat.

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
Salah seorang anggota polis menerangkan isi kandungan risalah pencegahan jenayah.

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
Masyarakat peka dan prihatin kepada pihak polis.

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
YDH ACP Zainal Rashid semasa ditemubual oleh wartawan.

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
Seorang peniaga menjelaskan sesuatu kepada YDH KPD Subang Jaya.

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
Seorang anggota polis mengedarkan risalah pencegahan jenayah di sebuah restoran di Subang Taipan.

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
Pegawai Kanan Polis juga turun padang dalam memberikan maklumat kepada masyarakat.

Kpd Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan
Antara beberapa risalah yang turut diedarkan.

Berita dan gambar : L/Kpl Baharin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM