Article
Korban Tiga Ekor Lembu Sempena Aidiladha
KORBAN TIGA EKOR LEMBU SEMPENA AIDILADHA Oleh: Konst Shazril Bukit Aman, 5 Okt - Sambutan Hari Raya Aidiladha atau sinonim dengan Raya Haji mempunyai makna yan...
KORBAN TIGA EKOR LEMBU SEMPENA AIDILADHA
Oleh: Konst Shazril
Bukit Aman, 5 Okt - Sambutan Hari Raya Aidiladha atau sinonim dengan Raya Haji mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia di mana ia mengaitkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail A.S kerana taat kepada perintah Allah S.W.T.
Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua–dua mereka maka Allah S.W.T telah menggantikannya dengan seekor kibas ketika Nabi Ibrahim A.S bersedia menyembelih anaknya itu.
Selain itu, ia turut dikaitkan dengan kemerdekaan bagi umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci, Makkah.
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, warga Polis Diraja Malaysia(PDRM) tidak melepaskan peluang bersama penduduk setempat mengadakan ‘Program Ibadah Korban 1435 Hijrah/ 2014 Masihi' yang disertai Ketua Polis Negara di Masjid Bukit Aman, pagi tadi.
Sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan dalam sambutan tersebut dan turut disertai barisan Pengarah PDRM.
GAMBAR SEPANJANG MAJLIS