Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Konvokesyen Sempena Program Latihan Asas Kepolisan Siri 1 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 3.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 100 pelatih rekrut asas konstabel yang terdiri daripada bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah menerima sijil..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/konvokesyen-sempena-program-latihan-asas-kepolisan-siri-1-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:45 MYT

Kuala Kubu Bharu, 12 Mei 2011 - Seramai 100 pelatih rekrut asas konstabel yang terdiri daripada bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah menerima sijil tamat latihan sempena Majlis Konvokesyen Program Latihan Asas Kepolisan Siri 1/2011 di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu hari ini.

Dalam sesi temubual yang diadakan bersama YDH ACP Mohd Kamal bin Kordi, Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Baru, dari segi penyesuaian diri dalam program-program latihan, ternyata pelatih-pelatih ini tiada banyak masalah berdasarkan pengalaman yang mereka peroleh sepanjang tempoh perkhidmatan mereka sebagai anggota tentera.

Kemuncak penutup program latihan ini akan berlangsung 14 Mei ini di dataran kawad Maktab PDRM Kuala Kubu Baru dan akan dihadiri YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, pegawai-pegawai kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

 Konvokesyen Sempena Program Latihan Asas Kepolisan Siri 1 2011
Pegawai-pegawai dan pelatih-pelatih Latihan Asas Konstabel siri 1/2011 yang hadir semasa Majlis Konvokesyen.

Konvokesyen Sempena Program Latihan Asas Kepolisan Siri 1 2011
Lafaz Ikrar Taat Setia oleh para pelatih.

Konvokesyen Sempena Program Latihan Asas Kepolisan Siri 1 2011
Presiden Pelatih Konstabel Sokongan Jubaiman bin Juaser(kanan) mewakili para pelatih menyampaikan cenderahati kepada Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu YDH ACP Mohd Kamal bin Kordi.

Konvokesyen Sempena Program Latihan Asas Kepolisan Siri 1 2011
Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu YDH ACP Mohd Kamal bin Kordi semasa sesi temubual dengan wartawan.

Jurufoto  :  Konst Raymond
Wartawan  :  Konst Irfan bin Bujang
Penyunting  :  C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 3.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM