Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 11 Jun 2014 3.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'PDRM sesungguhnya amat berbangga dengan keprihatinan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara, yang telah menubuhkan Kor SUKSIS di atas kesedaran bahawa perlu ada satu tanggungjawab b..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sertai-perjuangan-kami-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:45 MYT

Kuala Lumpur, 13 Mei 2011 - "PDRM sesungguhnya amat berbangga dengan keprihatinan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara, yang telah menubuhkan Kor SUKSIS di atas kesedaran bahawa perlu ada satu tanggungjawab bersama di dalam menentukan agar disiplin, jatidiri, dan semangat setiakawan dipupuk di kalangan pelajar-pelajar 'tertiary education' bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara ini terus berkekalan," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Komandan-Komandan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor Suksis) 2011 di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada hari ini.

Mengulas kenyataannya itu, universiti adalah tempat awam yang sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko keselamatan sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologi seperti isu perkauman, isu keagamaan, extremism, terrorism dan sebagainya.

Kor SUKSIS mampu mengurangkan risiko ancaman keselamatan kerana aktiviti dan persekitaran yang sihat akan mendatangkan kesan yang positif kepada keadaan keselamatan sesuatu kawasan atau komuniti tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa berbangga dengan perkembangan keahlian Kor SUKSIS yang kini telah mencecah 3,059 orang dari 20 Institut Pengajian Tinggi Awam di seluruh negara.

"Adalah menjadi harapan saya, agar anggota Kor SUKSIS ini akan menjadi mata dan telinga kepada PDRM bagi mengelakkan segala perlakuan jenayah yang berlaku di dalam universiti," ujarnya lagi.Sehubungan itu, beliau menyeru kepada Komandan-komandan Kor SUKSIS untuk menyampaikan kepada siswa-siswi SUKSIS, bahawa PDRM sangat mengalu-alukan penyertaan mereka yang berkelulusan ICT ke dalam pasukan PDRM untuk sama-sama berjuang bersama dalam menghadapi ancaman peningkatan jenayah siber yang semakin meningkat saban hari.

Turut hadir dalam majlis, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM, YDH SAC Dato' Abdul Samah bin Haji Mat, Ketua Urus Setia NKRA PDRM, Y.Bhg Profesor Dr. Rujhan bin Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Y.Bhg Datuk Dr. Ghauth Jasmon, Naib Canselor Universiti Malaya, Y.Bhg Profesor Dato' Dr. Azarae bin Haji Idris, Pengarah Kampus Kota Universiti Malaya, Komandan-komandan Kor SUKSIS IPTA Malaysia, pegawai-pegawai Kehormat Kor SUKSIS, pegawai-pegawai kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara disambut mesra oleh  Y.Bhg Profesor Dr. Rujhan bin Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi serta VIP-VIP yang hadir.

Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara
Y.Bhg Profesor Dr. Rujhan bin Mustafa, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi memberikan ucapan pada majlis ini.

Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara
YDH Ketua Polis Negara turut menyampaikan ucapan balas.

Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara
Lucu... Jenaka spontan dari pengacara menghiburkan hadirin.

Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara
Persembahan Tarian Klasik Melayu turut menjadi hiburan ketika majlis berlangsung.

Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara
Kumpulan Nasyid Feelhoney dari Universiti Malaya menarik perhatian.

Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara
Mengasyikkan... Persembahan gamelan.

Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara
Hebat... Persembahan nyanyian dari Cik Syidah.

Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara
Y.Bhg Profesor Dr. Rujhan bin Mustafa menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara.

Sertai Perjuangan Kami Ketua Polis Negara
YDH Ketua Polis Negara turut memberikan cenderahati kepada Y.Bhg Profesor Dr. Rujhan bin Mustafa.

Wartawan : Konst. Irfan bin Bujang
Jurufoto   : L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman
Suntingan : Sjn. Zaiddin bin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 3.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM