Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Konvoi Bermotosikal Hari Sukan Negara 2016 Pdrm Ke Pulau Pinang

Diterbitkan: 10 Oct 2016 1.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Konvoi bermotosikal yang disertai seramai 35 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas dari Kompleks Specific Material Store (SMS) PDRM Shah Alam ke Taman Botani, Pulau Pinang bersempena dengan Hari Sukan Negara 2016 peringkat PDRM.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/konvoi-bermotosikal-hari-sukan-negara-2016-pdrm-ke-pulau-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:02 MYT

Shah Alam, 8 Oktober 2016 - Konvoi bermotosikal yang disertai seramai 35 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas dari Kompleks Specific Material Store (SMS) PDRM Shah Alam ke Taman Botani, Pulau Pinang bersempena dengan Hari Sukan Negara 2016 peringkat PDRM.

Konvoi yang diketuai oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah bertolak pada jam 8.45 malam tadi dan dijangka tiba di Dataran Taman Botani pada keesokan paginya seterusnya menyempurnakan perasmian Hari Sukan Negara peringkat PDRM 2016.

Konvoi tersebut akan melalui Lebuhraya Guthrie-PLUS dan akan berehat di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), Ipoh kemudian menyambung semula perjalanan awal pagi esok terus ke Dataran Taman Botani, George Town, Pulau Pinang.

Sambutan Hari Sukan Negara diadakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dalam bulan Oktober setiap tahun dan PDRM turut tidak ketinggalan dalam menjayakannya dengan penganjuran pelbagai acara sukan dan riadah bagi menerapkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga PDRM.

Konvoi Bermotosikal Hari Sukan Negara 2016 Pdrm Ke Pulau Pinang
Ketibaan Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Sri Zulkifli Abdullah

Konvoi Bermotosikal Hari Sukan Negara 2016 Pdrm Ke Pulau Pinang
Bacaan doa

Konvoi Bermotosikal Hari Sukan Negara 2016 Pdrm Ke Pulau Pinang
Sekitar taklimat sebelum konvoi berlepas

Konvoi Bermotosikal Hari Sukan Negara 2016 Pdrm Ke Pulau Pinang
Sekitar taklimat sebelum konvoi berlepas

Konvoi Bermotosikal Hari Sukan Negara 2016 Pdrm Ke Pulau Pinang
Konvoi Bermotosikal PDRM diketuai Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Sri Zulkifli Abdullah berlepas dari Kompleks SMS PDRM, Shah Alam ke Pulau Pinang

ArtikelDiterbitkan 10 Oct 2016 1.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM