Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara

Diterbitkan: 12 Jun 2014 7.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 6 Okt - Kejohanan Olahraga & Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara 2013 telah melabuhkan tirainya sebentar tadi dengan menyaksikan penglibatan 18 pasukan yang mewakili kontinjen dan formas..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kontinjen-selangor-dan-briged-utara-muncul-juara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:26 MYT

KUALA LUMPUR, 6 Okt - Kejohanan Olahraga & Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara 2013 telah melabuhkan tirainya sebentar tadi dengan menyaksikan penglibatan 18 pasukan yang mewakili kontinjen dan formasi seluruh Negara.

Seramai 600 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam 28 acara sukan melibatkan atlet lelaki dan 19 acara melibatkan wanita sementara bagi acara tarik tali pula, sebanyak 14 pasukan lelaki telah mengambil bahagian dan 5 pasukan wanita.

Kejohanan kali Ke-33 anjuran PULAPOL Kuala Lumpur ini bertempat di Stadium Mini Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan majlis perasmian penutupan kejohanan dirasmikan oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.

Johan Keseluruhan Olahraga telah dimenangi oleh Kontinjen Selangor diikuti Kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur ditempat kedua dan Kontinjen Bukit Aman ditempat ketiga.

Bagi acara Tarik Tali Lelaki, Kontinjen Bridged Utara menjadi juara apabila berhempas pulas menewaskan Kontinjen Bukit Aman dan bagi kategori wanita pula, Kontinjen Kuala Lumpur menjadi juara setelah menewaskan Kontinjen Kedah.

Zakaria Bin Yusof dari Kontinjen Selangor telah merangkul Anugerah Olahragawan nanakala Noor Amellia Bt Musa dari kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur pula menyandang gelaran Olahragawati di mana beliau turut memecahkan rekod kejohanan dalam acara 5000 meter.

"Pada pandangan saya, kejohanan pada hari ini boleh dijadikan pencetus ke arah pelaksanaan gaya hidup sihat. 

Bagi pegawai, anggota dan pegawai awam, saya sangat menggalakkan supaya tuan-tuan dan puan-puan membawa keluarga untuk beriadah bila mempunyai kelapangan atau apabila tidak bertugas kerana ianya akan merapatkan lagi ikatan kekeluargaan, seterusnya akan dizahirkan pula dengan prestasi kerja yang lebih cemerlang," ujar YDH Timbalan Ketua Polis Negara dalam ucapan penutupan majlis petang tadi.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini termasuk pihak Majlis Sukan Negara di atas kebenaran untuk menggunakan stadium bagi semasa kejohanan berlangsung. 

Majlis itu dihadiri oleh YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM Merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, YDH DCP Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM dan YDH DCP Dato A.Taiveegan,Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

Turut hadir sama ialah YDH SAC Tuan Zulkifli bin Mohamad, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, Merangkap Penasihat Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara Tahun 2013, YDH ACP  Sulaiman bin Salleh, Timbalan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pengurus-pengurus Pasukan, jurulatih-jurulatih, para peserta kejohanan, Rakan Media dan Ahli keluarga peserta kejohanan.

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin ketika menyaksikan acara balapan berlangsung.

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
Sekitar Kejohanan.

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin diberi penghormatan menjadi pengadil acara tarik tali.

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
Kontinjen Kedah

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
Kontinjen Kuala Lumpur.

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
Kontinjen Bridged Utara

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
Kontinjen Bukit Aman

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
Noor Amellia Bt Musa dari kontinjen PULAPOL dinobat sebagai Olahragawati Kejohanan.

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
Zakaria Bin Yusof dari Kontinjen Selangor dinobat sebagai Olahragawan Kejohanan.

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
Kontinjen Selangor, Juara Keseluruhan Kejohanan.

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin ketika menyampaikan ucapan.

Kontinjen Selangor Dan Briged Utara Muncul Juara
Kontinjen Selangor, Juara Keseluruhan Kejohanan.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 7.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM