Artikel
428 Saman Dikeluarkan Dalam Op Cantas Trafik
Sepanjang operasi ini, sebanyak 1,377 buah motosikal telah diperiksa. Sebanyak 428 saman trafik pelbagai kesalahan telah dikeluarkan antaranya kesalahan tidak...
SELANGOR, 8 Oktober – Cawangan Trafik Bukit Aman telah menjalankan satu
Operasi Cantas Trafik di di Lebuh raya Shah Alam (KESAS) pagi tadi.
Berdasarkan jumlah kematian yang dicatat dalam statistik, 60 peratus kemalangan maut merupakan pembonceng motosikal.
Oleh yang demikian, Operasi ini memfokuskan kepada kesalahan kenderaan bermotosikal seperti tidak mengikut laluan motosikal dan lain-lain kesalahan trafik.
Operasi diketuai DSP Mohd Dali bin Wahid, DSP Peguatkuasa Lebuhraya Bukit Aman. Operasi ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan kekuatan 7 Pegawai Kanan Polis dan 28 anggota trafik.
Sepanjang operasi ini, sebanyak 1,377 buah motosikal telah diperiksa. Sebanyak 428 saman trafik pelbagai kesalahan telah dikeluarkan antaranya kesalahan tidak mengikut laluan motosikal (306), tidak memiliki lesen memandu (56), tidak memiliki insuran motosikal (29) , tidak memiliki cukai jalan (19), tidak mempamerkan pelekat P/L (4), tidak mematuhi sukatan piawai nombor plat motosikal (6) dan tiada cermin sisi pada motosikal (20).
Cawangan Trafik Bukit Aman turut berjaya mengesan 4 buah motosikal dipercayai adalah motosikal curi yang disorokkan di kawasan semak berhampiran tempat operasi dijalankan.

Persiapan sebelum operasi bermula.

Sepanjang operasi berjalan.

Motosikal yang cuba disorokkan.